Bengkel Sukarelawan Ict Malaysia
4 November 2019 | Aktiviti TerkiniPada 1 hingga 3 November 2019 yang lepas, seramai 41 Sukarelawan ICT Malaysia dan 11 Pengurus Pusat Internet yang hadir untuk menyertai Bengkel Sukarelawan ICT Malaysia yang di anjurkan di Bintulu, Sarawak. Program ini diadakan bertujuan untuk membantu komuniti setempat menggunakan faedah ICT dan memberi ilmu dalam bidang keusahawanan bagi meningkatkan lagi kualiti kehidupan mereka.
Antara agenda program tersebut ialah ucapan pembukaan daripada daripada En. Shaiful Sandi, Ketua Cawangan Bintulu, MCMC diikuti dengan 'Pengenalan kepada MIV' oleh En. Saiful dan 'Pengenalan kepada Inisiatif MCMC' oleh En. Mohd Mu'izzuddin. Seterusnya sesi diteruskan dengan taklimat E-Bayaran wakil dari Paynet iaitu Cik Phylisia Ng. Selain itu juga, Encik Nisewan Abdul Rahim turut berkongsi mengenai produk dan perkhidmatan Pos Malaysia dengan para peserta. Para peserta MIV juga berkongsi ilmu dari Cik Umie Aqilah selaku Kaunselor Institut Kemahiran Mara, Bintulu tentang Kemahiran Insaniah berkomunikasi dan berinteraksi. Ini amat penting bagi mendedahkan peserta MIV cara yang berkesan dalam mendekati komuniti setempat.
Bagi penutupan, Tn. Adiman Ajem, Ketua Pejabat Wilayah Sarawak (SWRO) juga hadir bagi memberi ucapan dan menyampaikan hadiah kepada para Sukarelawan MIV.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: